Monday 4 April 2016

BN4SARAWAK : SARAWAK TOLAK POLITIK KEBENCIAN


Rakyat negeri ini diseru agar tidak terjebak dengan politik adu domba yang penuh dengan kebencian.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, politik kebencian hanyalah berpaksikan fitnah semata-mata dan tidak akan memberi manfaat kepada rakyat.

Justeru menurutnya, rakyat Sarawak perlu menolak politik seperti itu, dan sentiasa berhati-hati terhadap maklumat yang disebarkan di media sosial.

Beliau turut menempelak pemimpin DAP Sarawak yang mendakwa jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya, kadar cukai GST akan dinaikkan dari 6 peratus ketika ini kepada 10 peratus.

"DAP memang kuat berbohong, dan kenyataan pemimpin DAP Sarawak hanyalah pembohongan semata-mata," katanya

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan kadar cukai GST tidak akan dinaikkan.

"Kerajaan tidak pernah ada sebarang perancangan untuk menaikkan kadar cukai GST seperti yang didakwa pembangkang.

"Taktik DAP hanya sebarkan pembohongan agar rakyat membenci kerajaan," tegasnya.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan sekitar lebih 30 ribu penduduk pada program Sejiwa Senada di Komplek Sukan Limbang di sini . 

No comments:

Post a Comment