Monday 7 May 2018

FAKE NEWS : LAGI VIDEO PEMBOHONG


Lagi banyak fake news keluar dan dimainkan oleh pembangkang, makin cepat rakyat segera patahkan pembohongan.

Semalam keluar video tular kononnya pegawai SPR bawak keluar kertas undi yang didakwa milik PENGUNDI POS yang keluar mengundi awal sabtu lepas.

Hakikatnya ini video tahun 2013, yang dah selesai pun ceritanya pada waktu itu.

Menuju sehari ke PRU 14, dijangka makin banyak fake news keluar untuk busukkan nama SPR.

Propaganda semalam pun dah tak jadi bilamana mereka kata pengundi pos berjumlah 4 juta pengundi sedangkan pada hakikatnya ia sekadar dalam lingkungan 200 ribu lebih sahaja.




Friday 4 May 2018

PRU 14 : LAGI CITE FAKE NEWS


Cerita fake news menjelang PRU 14 dah makin merapu dan merepek. 

Ada yang di viralkan cerita melalui olahan ayat, ada guna dan recycle semula video lama dan ada juga yang panda-pandai guna pala otak sendiri untuk reka cerita.

Masa PRU 13 hari tu, cerita 40 ribu bangla akan mengundi dah viral. Bila didesak dan ditanya lokasi mana , parlimen mana, dun mana yang 40 ribu bangla ni pergi mengundi, mereka senyap.

Ni ada lagi satu cerita fake news menjelang PRU 14. 

Macam biasa nak busukkan nama SPR.

Viral kononnya akan ada kejutan pada hari pengundian di mana mereka mendakwa kod pakaian di pejabat kerajaan untuk orang awam AKAN DIGUNA PAKAI pakai hari pengundian.

Maknanya kalau tak ikut kod pakaian sewaktu ke pejabat kerajaan, kamu tak boleh masuk dan mengundi.

Fake news ini dah di sanggah dan dimatikan faktanya oleh SPR.

Mengikut kod pakaian hari mengundi, tak salah pakai apa pun asalkan sopan.

YANG SALAH ADALAH DI PAKAIAN, DI PAYUNG MISALNYA ADA LOGO DAN SIMBOL PARTI YANG BERTANDING.. 

Yang ni salah.. kena balik pi tukar baju !

Tolong gunakan teknologi untuk periksa fake news macam ni.. demokrasi demokrasi jugak, tapi akal kena pakai la.

Wednesday 2 May 2018

ALA TIAN CHUA ..TUNGGU MAHKAMAH LA !


Alahai tian chua, makin terus menagih polemik tentang masalah dia.

Semalam kumpulan pro tian chua katanya buat vigil bagi meraikan kesedihan tian chua kerana tak daapt bertanding di PRU ke 14 ini.

Tian chua dah bawak kes ini masuk mahkamah. Jadi elok tunggulah hingga mahkamah tentukan perbicaraan.

Sebagai bekas ahli parlimen seharusnya apa juga masalah berkaitan dengan law, tian chua harus tunjukkan perangai rileks beliau tatkala menghadapi masalah.

Isu pilihanraya , isu tak dapat pencalonan, isu tak puas hati pasal kalah pilihanraya semua orang berhak bawak kes ke mahkamah.

SEBAGAI CONTOH..

Pada pru 2004, PAS pernah heret BN ke mahkamah kerana tak puas hati keputusan pilihanraya.

Banyak kes ini berlaku di kelantan dan selangor.

Dalam undang-undang ia dipanggil petisyen pilihanraya, iaitu meminta mahkamah decide semula keputusan pilihanraya.

Jadi tian chua kena ikut flow yang sama juga lah.

Jangan polemik dan berdrama sedangkan beliau tahu jalan beliau masih ada harapan lagi iaitu di kamar mahkamah.

#CHILLBRO !