Monday 19 November 2018

PRABAKARAN AHLI PARLIMEN BATU DIGESA LIHAT PROTES RAKYAT !


AHLI PARLIMEN BATU WAJIB LETAK JAWATAN.. INI ADALAH TAJUK YANG TEPAT UNTUK MENGGAMBARKAN BETAPA TIDAK ENDAH NYA PRABAKARAN TERHADAP MASALAH DAN KELUHAN RAKYAT TERUTAMANYA DI SELAYANG DAN KL !

Pada 8 nov 2018 hampir 62 NGO telah mengadakan demonstrasi di depan DBKL membantah kelulusan pembinaan pusat penyembelihan ayam terbesar di selayang.

Tuntutan 62 NGO ini hanyalah mahu tapak ini ditukarkan lokasinya bg mengelakkkan sebarang masalah besar yg boleh berlaku

selepas beberapa hari demonstrasi ahli parlimen batu iaitu prabakaran mengeluarkan kenyataan dlm ohmedia

Beliau berkata tidak salah untuk dibina pusat penyembelihan halal di bina di selayang

Jelas prabakaran tak faham isu dan malas untuk melihat keseluruhan isu. Rakyat hanya minta pusat itu DIPINDAHKAN ke kawasan lain dan bukannya cerita psl halal.

Untuk pengetahuan prabakaran jika pusat ini dibina maka banyak masalah akan timbul

Antaranya

1 ) Risiko ancaman kepada nyawa akibat serangan viral selsema burung

2) pembiakan lalat dan langau serta bau busuk yg sukar di bendung akan menyebabkan pencemaran udara mengundang pelbagai penyakit dan menjejaskan kesihatan

3) kesesakan trafik akan bertambah kritikal dgn kehadiran lori-lori membawa ayam hidup masuk dan membawa ayam yg diproses keluar sepanjang masa

4) ketiadaan kawasan pakir yg dikhaskan menyebabkan kesesakan trafik

5) Risiko peningkatan kadar kemalangan jalanraya akibat kehadiran berpuluh-puluh lori sepanjang masa

6 ) Tidak sesuai sebab kawasan adalah berkepadatan penduduk tinggi

7 ) Pertambatan pendatang asing yang akan meningkatkan masalah gejala sosial dan ekonomi

Akhir sekali sepatutnya sebarang pembinaan pusat penyembelihan haruslah berada dalam radius 10km jauh dpd kwsn penduduk


Prabakaran sepatutnya membaca dahulu isu dan kesan dan bukannya main cakap tanpa ada fakta

Wednesday 26 September 2018

AHLI MAJLIS DAP WAJIB LETAK JAWATAN !


Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Chan Wei Kjan harus berundur dan letak jawatan.

Ini bukan persoalan kau tiada niat nak perlekeh Bahasa Melayu !

Ini bukan persoalan kau tulis untuk cakap bab muhibah !

Ini persoalan asas yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu Bahasa Melayu arus diutamakan dalam setiap urusan RASMI KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI.

Mengapa perlu bahasa vernakular digunapakai dalam surat rasmi ?

Kamu anggap perkara ini kecil , namun bagi pendapat ramai orang melayu ini adalah kias halus propaganda murahan yang berlapik untuk 'mengiakan' proses ini ke masa depan.

MANA PERGI ORANG BERSATU JOHOR ?
TIDO KE ATAU TAKUT NAK TEGUR !?


KENYATAAN TUANKU SULTAN JOHOR ..

ultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam surat rasminya.
Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.
“Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau ahli majlis PBT semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.
“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah Baginda kepada Pejabat Akhbar Diraja (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Saturday 22 September 2018

DI ENGLAND, TIADA KEDENGARAN CHINA NAK JAJAH LONDON !


Beberapa fakta yang boleh diperbincangkan mengenai kehebatan PH dalam menerajui negara amnya dan negeri Johor khasnya.

Sebelum ini kadar pendapatan negeri Johor adalah tinggi jika dibandingkan dengan KDNK negara.

Johor pernah mengalami kadar pendapatan ekonomi sebanyak 6% sebelum ini . 

Namun jika beberapa tindakan agresif PH yang banyak mengganggu status quo sedia ada baik dalam pelaboran ekonomi , tidak mustahil negeri Johor boleh menerima kesan buruk dari sudut persepsi pelaboran luar yang akhirnya boleh merencatkan pembangunan ekonomi mega di Johor.

Johor boleh menerima kesan negatif pelaboran luar akibat beberapa siri merosakkan perjanjian sedia ada yang telah dimeterai sebelum ini dengan beberapa negara luar.

Forest City merupakan pelaboran besar China yang mampu membangkitkan lagi ekonomi Johor baik dalam ke semua sudut hingga ke hiliran ekonomi.

Namun tindak tanduk kerajaan pusat PH yang memburuk,menganggu dan cubaan membatalkan projek ini boleh memberikan kesan buruk terhadap persepsi pelaboran di masa hadapan.

APA PANDANGAN PELABOR LUAR BILA KERAJAAN PUSAT MEMBATALKAN PROJEK PELABORAN MEREKA ?

BUKANKAH INI BOLEH MENGUNDANG PERSEPSI BURUK AKAN HALA TUJU EKONOMI NEGARA DAN NEGERI JOHOR SECARA KHUSUSNYA ?

APA PULA PANDANGAN PELABOR BILA KERAJAAN PH SESUKA HATI MEMBATALKAN PROJEK USD 100b YANG SEDANG DILABOR OLEH NEGARA LUAR ?

Tindakan PH boleh memberi imej negatif kepada pelabor luar yang lain untuk melabor di Johor .

Kita seharusnya obey dan endorse sebarang penjanjian ekonomi dengan pelabor luar dan bukannya melanggar perjanjian. 

Polisi pelaboran harus dihormati bagi menjaga nama negara.

Jangan emosi politik dan dendam dijadikan alasan untuk membatalkan FDI luar. Tanpa PH sedar tindakan mereka sebenarnya telah memberikan kesan buruk di mata pelabor.

KITA JANGAN DIMOMOKKANLAH DENGAN PROPAGANDA MURAHAN CHINA NAK JAJAH MALAYSIA.

Di luar negara tiada kedengaran pelabor China sedang menjajah London.

Tahukah kita London teksi sudah dibeli pelabor dari China ?

Tahukah anda berapa banyak kelab bola di England sudah dibeli pelabor China ?

Tahukan banyak kepentingan public di England sudah dibeli oleh pelabor China ?

Tapi sampai hari ini tiada kedengaran dari mat saleh London memekak kita sedang dijajah !

Aduh betapa silapnya kita percaya propaganda PH .. !

Ni nak bagitau, Pak Jokowi pun panggil China untuk melabor infrastruktur di Indonesia.. 


Tuesday 18 September 2018

Forest City: Is it about politics or economics?


Since my article on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s wrong move on Forest City was published, there has been a great deal of reaction and numerous comments by the public.
I estimate that more than 80% of the online responses support my position that the state and federal governments need to honour the sales agreements made and to make it clear that there is no intention to discriminate against the locals and foreigners who have already purchased units in the project and other similar property development in the country.
However, there continues to be further controversy – as well as confusion – being stoked over Forest City.
Concerns and suggestions
I had warned that the value of the Forest City development could run up to US$100 billion and asked where Mahathir could find investors putting up so much money for one project?
It is important that the new Pakatan Harapan (PH) government draws a distinction between politics and economics. If PH wants to play politics, then it will send the wrong signal not only to China or Chinese investors but also to all foreign investors.
For now, I would like to provide the following suggestions on Forest City to prevent a further recurrence of the “shooting themselves in the foot” phenomenon which appears to be happening with increasing frequency with various PH leaders.
Firstly, make it clear that foreigners buying properties in Malaysia and getting permanent residence or citizenship are two different and separate matters.
Approval for the second – that is, permanent residence or citizenship – does not automatically follow the first.
Most foreigners buying properties in Malaysia do so either because they are working expatriates or buying the properties for rental or capital appreciation. This is the case with foreigners investing in properties whether in Penang, Kuala Lumpur or Johor.
Secondly, please don’t try to alarm Malaysians or foreigners by fictitious or ridiculous claims about how Forest City will result in Malaysians having to live in “wooden houses” as a result of rich foreigners buying up the units there.
The most recent statement by Mahathir on Forest City was not only below the belt but out of line. His comments appeared to be aimed at the Malay readership of Sinar Harian.
It will definitely be used to fan xenophobic feelings within the Malay community and worsen race relations.
Thirdly, there needs to be damage control on Forest City by the authorities. This can take several forms such as reassuring that there is no change in policy on Forest City and other foreign-oriented property development in Malaysia. Or reassuring that there are sufficient laws to protect the interests of Malaysians from the hyped up and grossly exaggerated “Chinese onslaught”.
Finally, I should remind the authorities that further confusion and delay on the Forest City development will only result in greater damage to the local and national economy which is increasingly dependent on tourism and services as well as the employment created by property and infrastructure development.
In my experience, a slowdown or delay will also open the door to abuse and corrupt practices and result in a lose-lose situation for all, especially the locals.
Koon Yew Yin is a retired chartered civil engineer and one of the founders of IJM Corporation Bhd and Gamuda Bhd.

Wednesday 12 September 2018

KHALID ISMATH AJAK LAWAN SISTEM MONARKI ??!!


Itulah yang disebut oleh khalid ismath , seorang pejuang pakatan harapan yang menyokong pembantaian a kadir jasin terhadap kesultanan Johor yang menyeru agar TMJ masuk politik dan lawan .

Ini semua susulan pendedahan TMJ mengenai kenyataan beliau yang Kesultanan Johor telah diintip oleh pihak tertentu yang mana semua akses media seperti handphone, email dll kepunyaan mereka telah dipasang peranti risikan.

A kadir jasin secara sinis dalam penulisannya ada menyebut akan perkara lumrah untuk mana-mana pihak diintip dan mengintip semua pergerakan mereka , tidak terkecuali kesultanan melayu.

Khalid ismath dulunya adalah pas.

Setelah ditogelkan latar belakang beliau sebagai seorang simpatisan syiah, kini beliau bergerak aktif di dalam gerakan politik sosialis atau lebih mudah disebut dengan PSM.

Dalam kenyataan sokongan beliau, Khalid ada menyertakan bait-bait kata hasutan halus mengajak rakyat melawan sistem monarki.

KITA MESTI MENYOKONG USAHA PAK KADIR MELAWAN MONARKI.

Bukankah ini gesaan halus menghasut ?
Bukankah ini melanggar sistem Raja Berpelembagaan ?

Adakah ini intipati perjuangan Pakatan Harapan ?
Adakah ini makna perjuangan yang belum selesai ?


Tuesday 11 September 2018

KISAH SKODENG AMOI DAN FLIP FLOP FOREST CITY OLEH PH ...


Skodeng skirt amoi masa nak buat cermin mata. adoi lah memalukan sungguh malaysia baru kita ni kan. Takkan lah marah dengan pelaboran China sampai nak skodeng skirt amoi ..hehehe gurau aje jangan marah ya PH.

2 hari lepas TMJ kata keluarga kesultanan Johor telah diintip pihak tertentu. Intip sampai skirt amoi pun kena intip jugak hahahaha..
Perbalahan dan percanggahan pendirian antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dalam isu Forest City di Johor semakin teruk dan mengelirukan kita serta rakyat.
Semuanya bermula apabila Dr Mahathir yang sebelum ini (pra PRU-14) amat berang setelah mengetahui bahawa hartanah di Forest City boleh dimiliki oleh warga asing dengan pegangan hak milik kekal. Namun pasca PRU-14, kerajaan sendiri memutuskan untuk membenarkan pegangan hak milik kekal tersebut dan meneruskan projek mega ini.
Kemudiannya, selepas pulang dari lawatan rasmi ke China, kerajaan pusat memutuskan bahawa pemilikan oleh warga asing di Forest City akan disekat.
Keputusan mengejut ini kemudiannya dibetulkan dengan menyatakan ia bermaksud mereka tidak akan mendapat status penduduk tetap secara automatik.
Percanggahan berikutnya berlaku apabila menteri besar Johor, tanpa usul periksa telah secara terbuka menempelak pelbagai pihak yang dituduh sengaja memburuk-burukkan pembangunan di Forest City dengan dakwaan terdapat kira-kira 700 ribu penghuni luar yang akan mendiami kawasan ini, sekali gus mewujudkan satu kawasan yang dipenuhi oleh warga asing.
Walaubagaimanapun, kecaman dan kemarahan menteri besar Johor ini akhirnya didapati menyindir dan memberi tamparan kepada parti beliau sendiri. Ini kerana, sebenarnya dakwaan kedatangan 700 ribu penghuni tersebut bukan dibuat oleh mana-mana pihak lain tetapi oleh Dr Mahathir sendiri.
Sudah pastilah perkara ini bukan sahaja mengelirukan rakyat yang mengikuti perkembangan isu ini. Tetapi ia nyata amat memalukan menteri besar Johor kerana tindakan beliau tersebut ibarat meludah ke langit.
Lebih teruk, beliau kini tertekan dan tersepit atas asakan untuk memberikan pendirian yang jelas berhubung Forest City khususnya berhubung keperluan dan kewajaran membenarkan pemilikan kepada warga asing.
Terbaru, dalam kenyataannya Dr Mahathir menegaskan bahawa keputusan menteri besar mempertahankan Forest City dan pemilikan oleh warga asing tersebut akan disokong jika Osman sanggup untuk melihat orang Malaysia tinggal di rumah-rumah kayu.
Ketegangan kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ini mesti diselesaikan dengan segera. Tindakan menteri besar yang selalu melulu, tidak berasaskan fakta dan bersifat serkap jarang tidak akan memulihkan keadaan.
Saya dan ahli-ahli pembangkang Johor dengan ini menggesa menteri besar untuk:
Pertama, menyatakan dengan jelas dan tegas, tanpa bercanggah-canggah, apakah pendirian kerajaan negeri dalam perkara ini.
Kedua, apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan hartanah Forest City akan turut dinikmati dengan adil dan jelas oleh rakyat Johor dan Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di kawasan sekeliling.
Ketiga, apakah pelan kerajaan negeri Johor bagi memastikan orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan untuk bersama-sama merebut peluang dan mempunyai pemilikan di Forest City.
Keempat, nyatakan dengan terperinci, berapa banyakkah sumbangan dan pendapatan yang telah dinikmati oleh kerajaan negeri hasil projek Forest City dari segi kutipan cukai dan caj-caj lain yang berkaitan, dan
Kelima, nyatakan dengan jelas anggaran keuntungan dan pulangan yang akan diperolehi oleh kerajaan Johor dengan membenarkan pemilikan oleh warga asing.
Kelima-lima soalan ini, apabila dijawab dengan jelas dan berfakta oleh menteri besar, akan setidak-tidaknya membantu memberi pencerahan terhadap isu ini.
Saya juga berpendirian keputusan kerajaan BN terdahulu perlu diteruskan kerana apa juga yang menjadi kebimbangan Dr Mahathir dan menteri besar Johor kini sebenarnya sudah diperhalusi dan diambil kira dengan teliti.
Maka, jika benar kedua-dua pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan meletakkan kepentingan rakyat, khususnya rakyat Johor sebagai keutamaan, saya sarankan mereka menyemak dan melihat pendekatan yang telah diambil oleh Barisan Nasional Johor sebelum ini.
Saya harap isu ini akan mempunyai ketetapan segera. Masyarakat, khususnya orang Johor, pastinya sudah muak dengan jawapan berpusing-pusing yang sering diberikan oleh menteri besar.

KETUA PEMBANGKANG JOHOR

Sunday 9 September 2018

KAMBING PUN TAKNAK JADI GAY DAN LESBIAN !


Ada  kes menarik yang berlaku dalam minggu ini. 

Pertamanya mengenai kes sebatan pasangan lesbian di Trengganu .

Isu sebatan pasangan lesbian mengundang  ketidak puasan hati pemimpin besar PH seperti Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Nada mereka selepas hukuman itu dijalankan adalah sama, tidak adil dan mencemar imej Islam.

Hakikatnya kes sebatan pasangan lesbian ini adalah di bawah jurisdiksi Mahkamah Syariah Trengganu. Ia jatuh pada Enakmen Jenayah Syariah ( Takzir ) Trengganu 2001 di bawah kesalahan musahaqah.

Musahaqah bermaksud persetubuhan di antara perempuan dan perempuan. Pasangan ini telah diberikan tempoh untuk merayu selama 14 hari untuk menafikan tuduhan tetapi mereka tidak merayu akan pertuduhan yang dikenakan.

Asas kenegaraan ada banyak cabang.

Akta diperuntukkan untuk Parlimen manakala Enakmen pula adalah kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri.

Lebih pada itu, mahkamah sivil adalah berbeza dengan mahkamah syariah.

Satu konsep mudah pengasingan kuasa di antara Persekutuan dan Negeri.

Jadi mengapa Dr Mahathir dan Anwar cuba merosakkan gambaran sebenar fakta pengasingan kuasa ?

Mengapa mereka tidak menghormati yang negeri yang sudah termaktub dalam Perlembagaan ?

Memperlekehkan keputusan Mahkamah Syariah sebenarnya boleh memberikan hint untuk puak lain untuk turut sama memperleceh bidang kuasa mahkamah Syariah.

Dalam Islam hak dan undang-undang Islam lebih mengatasi pemikiran hak asasi dan demokrasi.

Kesalahan dua pesalah itu turut disertakan dengan pengakuan mengaku bersalah.

Islam meletakkan undang-undang agar manusia berada di landasan yang benar.

LGBT dan pemikiran liberal , hak asasi tidak boleh mengatasi peraturan undang-undang Islam.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir.
Binatang tiada akal.

Tapi pelik kambing yang takde akal pun tak amal gay, lesbian. homoseks dan pondan.

Pernah kita dengan pasangan kambing gay ?
Pernah kita dengan pasangan kambing lesbian ?


Sunday 2 September 2018

BERANIKAH ANWAR IBRAHIM GESA MAHATHIR CADANG TUBUH RCI TENTANG SAHAM RAFIDAH AZIZ




Tajuk di atas merupakan isu langsung yang perlu ditanya kepada Rafidah Aziz.

Bersediakah beliau kiranya rakyat mendesak Pakatan Harapan mencadang menubuhkan RCI mengenai skandal saham beliau yang pernah mencetuskan polemik besar politik sekitar 1990 an ?

Sebelum PRU 14 Rafidah Aziz  bercakap mengenai  aset beliau tatkala dicabar oleh bekas pengikut Bersatu, Ainina Saadudin mengenai desakan mengistihar harta.

Kata Rafidah Aziz aset yang diperolehi oleh suami saya dan saya dibeli secara jujur dan bukan urusan Anina. ( Rujuk sini ( https://www.malaysiakini.com/news/423497 )

Umum mengetahui tatkala Pilihanraya 1999 berlangsung, Rafidah Aziz pernah dijadikan bahan kempen ceramah oleh pembangkang kerana isu pemilikan saham yang diperolehi beliau.

Tanya sahaja kepada Mat Sabu, Mahfuz Omar, Lim Kit Siang , Azmin Ali dan lain-lain lagi semua mereka pernah bercakap mengenai pemilikan saham yang diperolehi oleh Rafidah Aziz.

Ini susulan kepada laporan polis yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim  di balai polis Tun HS Lee  pada 9hb julai 1999 terhadap Rafidah Aziz.


Dalam laporan polis tersebut Anwar Ibrahim mendakwa Rafidah Aziz 'berkenduri saham' MITI.

Bukan setakat ini , laporan polis Anwar Ibrahim ini juga berlandaskan kepada dokumen Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara bertarikh 14.3.1995 akan wujudnya asas Prima Facie terhadap Rafidah Aziz atas tuduhan rasuah.

Sayangnya.....

Laporan itu telah dikalsifikasikan sebagai OSA selepas pendedahan dilakukan. 

Laporan Anwar Ibrahim itu tiada kesudahan cerita.

Penghujungnya tergantung dan rakyat tidak mengetahui secara keseluruhan semua tuduahn Anwar.

Khalid Samad Pengarah Komunukasi Amanah bersedia mendesak Pakatan Harapan ( sekiranya berjaya menubuh kerajaan ) untuk menubuhkan RCI isu Memali .

Apa pandangan Rafidah Aziz jika  pendedahan Anwar Ibrahim terhadap beliau mengenai kenduri sahamnya juga digesa ditubuhkan RCI bagi mencari kebenaran ?

Rafidah Aziz harus membersihkan nama beliau di atas laporan  rasuah yang pernah Anwar Ibrahim lakukan terhadap beliau.

Berkempen di dalam ceramah pembangkang tidak bolehlah dijadikan alasan kini beliau houlier than thou , betul tak kak pidah ?


Monday 7 May 2018

FAKE NEWS : LAGI VIDEO PEMBOHONG


Lagi banyak fake news keluar dan dimainkan oleh pembangkang, makin cepat rakyat segera patahkan pembohongan.

Semalam keluar video tular kononnya pegawai SPR bawak keluar kertas undi yang didakwa milik PENGUNDI POS yang keluar mengundi awal sabtu lepas.

Hakikatnya ini video tahun 2013, yang dah selesai pun ceritanya pada waktu itu.

Menuju sehari ke PRU 14, dijangka makin banyak fake news keluar untuk busukkan nama SPR.

Propaganda semalam pun dah tak jadi bilamana mereka kata pengundi pos berjumlah 4 juta pengundi sedangkan pada hakikatnya ia sekadar dalam lingkungan 200 ribu lebih sahaja.




Friday 4 May 2018

PRU 14 : LAGI CITE FAKE NEWS


Cerita fake news menjelang PRU 14 dah makin merapu dan merepek. 

Ada yang di viralkan cerita melalui olahan ayat, ada guna dan recycle semula video lama dan ada juga yang panda-pandai guna pala otak sendiri untuk reka cerita.

Masa PRU 13 hari tu, cerita 40 ribu bangla akan mengundi dah viral. Bila didesak dan ditanya lokasi mana , parlimen mana, dun mana yang 40 ribu bangla ni pergi mengundi, mereka senyap.

Ni ada lagi satu cerita fake news menjelang PRU 14. 

Macam biasa nak busukkan nama SPR.

Viral kononnya akan ada kejutan pada hari pengundian di mana mereka mendakwa kod pakaian di pejabat kerajaan untuk orang awam AKAN DIGUNA PAKAI pakai hari pengundian.

Maknanya kalau tak ikut kod pakaian sewaktu ke pejabat kerajaan, kamu tak boleh masuk dan mengundi.

Fake news ini dah di sanggah dan dimatikan faktanya oleh SPR.

Mengikut kod pakaian hari mengundi, tak salah pakai apa pun asalkan sopan.

YANG SALAH ADALAH DI PAKAIAN, DI PAYUNG MISALNYA ADA LOGO DAN SIMBOL PARTI YANG BERTANDING.. 

Yang ni salah.. kena balik pi tukar baju !

Tolong gunakan teknologi untuk periksa fake news macam ni.. demokrasi demokrasi jugak, tapi akal kena pakai la.

Wednesday 2 May 2018

ALA TIAN CHUA ..TUNGGU MAHKAMAH LA !


Alahai tian chua, makin terus menagih polemik tentang masalah dia.

Semalam kumpulan pro tian chua katanya buat vigil bagi meraikan kesedihan tian chua kerana tak daapt bertanding di PRU ke 14 ini.

Tian chua dah bawak kes ini masuk mahkamah. Jadi elok tunggulah hingga mahkamah tentukan perbicaraan.

Sebagai bekas ahli parlimen seharusnya apa juga masalah berkaitan dengan law, tian chua harus tunjukkan perangai rileks beliau tatkala menghadapi masalah.

Isu pilihanraya , isu tak dapat pencalonan, isu tak puas hati pasal kalah pilihanraya semua orang berhak bawak kes ke mahkamah.

SEBAGAI CONTOH..

Pada pru 2004, PAS pernah heret BN ke mahkamah kerana tak puas hati keputusan pilihanraya.

Banyak kes ini berlaku di kelantan dan selangor.

Dalam undang-undang ia dipanggil petisyen pilihanraya, iaitu meminta mahkamah decide semula keputusan pilihanraya.

Jadi tian chua kena ikut flow yang sama juga lah.

Jangan polemik dan berdrama sedangkan beliau tahu jalan beliau masih ada harapan lagi iaitu di kamar mahkamah.

#CHILLBRO !

Monday 30 April 2018

PRU 14 : SUHAKAM JANGAN MEREPEK LA NAK KACAU SPR !


Apa yang engkau merepek merapu ni SUHAKAM ?
Mau masuk campur urusan SPR pulak ?

Dalam berita diberitahu SUHAKAM dakwa mereka layak untuk menjadi pemerhati PRU ke 14 yang kempennya sedang berlangsung ..

Kamu itu ditugaskan menjaga isu hak asasi, bukan pilihanraya. Proses pilihanraya dalam perlembagaan dah termaktub tugasnya dijaga oleh SPR.

SUHAKAM mahu kacau daun SPR. Sama macam kes kementerian lain nak kacau tugas kementerian lain. Kau buat kerja kau sendiri lah.

Ini SUHAKAM pun terlalu banyak pro pembangkang. Apa kerajaan buat yang baik dia buat-buat tak nampak, tapi kalau bab pembangkang laju aje dia melalak !

SUHAKAM pun selama ini banyak berkolobrasi dengan NGO haram Bersih, jadi apa jaminan bahawasanya SUHAKAM boleh bercakap adil jikalau selama ini mereka cukup bersahabat baik dengan pembangkang.

SUHAKAM menjaga hak asasi.. jarang sekali kita dengar SUHAKAM pertahankan hak wanita melayu bertudung untuk terus kerja di hotel yang pernah kontroversi sedikit masa dulu ?

Tak payah menyibuk kerja orang la..
Kau tu buat kerja kau, skop kerja kau.

SPR dan SUHAKAM dilantik oleh YDPA untuk buat kerja masing-masing.

Bukan menyibuk nak mengacau kerja orang.

Biasanya kalau perangai sibuk jaga tepi kain orang .. bermakna dia pun takde kerja nak buat.

Kalau kerja sendiri tak buat, elok tutup aje lah peranan kau  tu !