Monday 19 November 2018

PRABAKARAN AHLI PARLIMEN BATU DIGESA LIHAT PROTES RAKYAT !


AHLI PARLIMEN BATU WAJIB LETAK JAWATAN.. INI ADALAH TAJUK YANG TEPAT UNTUK MENGGAMBARKAN BETAPA TIDAK ENDAH NYA PRABAKARAN TERHADAP MASALAH DAN KELUHAN RAKYAT TERUTAMANYA DI SELAYANG DAN KL !

Pada 8 nov 2018 hampir 62 NGO telah mengadakan demonstrasi di depan DBKL membantah kelulusan pembinaan pusat penyembelihan ayam terbesar di selayang.

Tuntutan 62 NGO ini hanyalah mahu tapak ini ditukarkan lokasinya bg mengelakkkan sebarang masalah besar yg boleh berlaku

selepas beberapa hari demonstrasi ahli parlimen batu iaitu prabakaran mengeluarkan kenyataan dlm ohmedia

Beliau berkata tidak salah untuk dibina pusat penyembelihan halal di bina di selayang

Jelas prabakaran tak faham isu dan malas untuk melihat keseluruhan isu. Rakyat hanya minta pusat itu DIPINDAHKAN ke kawasan lain dan bukannya cerita psl halal.

Untuk pengetahuan prabakaran jika pusat ini dibina maka banyak masalah akan timbul

Antaranya

1 ) Risiko ancaman kepada nyawa akibat serangan viral selsema burung

2) pembiakan lalat dan langau serta bau busuk yg sukar di bendung akan menyebabkan pencemaran udara mengundang pelbagai penyakit dan menjejaskan kesihatan

3) kesesakan trafik akan bertambah kritikal dgn kehadiran lori-lori membawa ayam hidup masuk dan membawa ayam yg diproses keluar sepanjang masa

4) ketiadaan kawasan pakir yg dikhaskan menyebabkan kesesakan trafik

5) Risiko peningkatan kadar kemalangan jalanraya akibat kehadiran berpuluh-puluh lori sepanjang masa

6 ) Tidak sesuai sebab kawasan adalah berkepadatan penduduk tinggi

7 ) Pertambatan pendatang asing yang akan meningkatkan masalah gejala sosial dan ekonomi

Akhir sekali sepatutnya sebarang pembinaan pusat penyembelihan haruslah berada dalam radius 10km jauh dpd kwsn penduduk


Prabakaran sepatutnya membaca dahulu isu dan kesan dan bukannya main cakap tanpa ada fakta