Wednesday 2 May 2018

ALA TIAN CHUA ..TUNGGU MAHKAMAH LA !


Alahai tian chua, makin terus menagih polemik tentang masalah dia.

Semalam kumpulan pro tian chua katanya buat vigil bagi meraikan kesedihan tian chua kerana tak daapt bertanding di PRU ke 14 ini.

Tian chua dah bawak kes ini masuk mahkamah. Jadi elok tunggulah hingga mahkamah tentukan perbicaraan.

Sebagai bekas ahli parlimen seharusnya apa juga masalah berkaitan dengan law, tian chua harus tunjukkan perangai rileks beliau tatkala menghadapi masalah.

Isu pilihanraya , isu tak dapat pencalonan, isu tak puas hati pasal kalah pilihanraya semua orang berhak bawak kes ke mahkamah.

SEBAGAI CONTOH..

Pada pru 2004, PAS pernah heret BN ke mahkamah kerana tak puas hati keputusan pilihanraya.

Banyak kes ini berlaku di kelantan dan selangor.

Dalam undang-undang ia dipanggil petisyen pilihanraya, iaitu meminta mahkamah decide semula keputusan pilihanraya.

Jadi tian chua kena ikut flow yang sama juga lah.

Jangan polemik dan berdrama sedangkan beliau tahu jalan beliau masih ada harapan lagi iaitu di kamar mahkamah.

#CHILLBRO !

No comments:

Post a Comment