Tuesday 11 September 2018

KISAH SKODENG AMOI DAN FLIP FLOP FOREST CITY OLEH PH ...


Skodeng skirt amoi masa nak buat cermin mata. adoi lah memalukan sungguh malaysia baru kita ni kan. Takkan lah marah dengan pelaboran China sampai nak skodeng skirt amoi ..hehehe gurau aje jangan marah ya PH.

2 hari lepas TMJ kata keluarga kesultanan Johor telah diintip pihak tertentu. Intip sampai skirt amoi pun kena intip jugak hahahaha..
Perbalahan dan percanggahan pendirian antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dalam isu Forest City di Johor semakin teruk dan mengelirukan kita serta rakyat.
Semuanya bermula apabila Dr Mahathir yang sebelum ini (pra PRU-14) amat berang setelah mengetahui bahawa hartanah di Forest City boleh dimiliki oleh warga asing dengan pegangan hak milik kekal. Namun pasca PRU-14, kerajaan sendiri memutuskan untuk membenarkan pegangan hak milik kekal tersebut dan meneruskan projek mega ini.
Kemudiannya, selepas pulang dari lawatan rasmi ke China, kerajaan pusat memutuskan bahawa pemilikan oleh warga asing di Forest City akan disekat.
Keputusan mengejut ini kemudiannya dibetulkan dengan menyatakan ia bermaksud mereka tidak akan mendapat status penduduk tetap secara automatik.
Percanggahan berikutnya berlaku apabila menteri besar Johor, tanpa usul periksa telah secara terbuka menempelak pelbagai pihak yang dituduh sengaja memburuk-burukkan pembangunan di Forest City dengan dakwaan terdapat kira-kira 700 ribu penghuni luar yang akan mendiami kawasan ini, sekali gus mewujudkan satu kawasan yang dipenuhi oleh warga asing.
Walaubagaimanapun, kecaman dan kemarahan menteri besar Johor ini akhirnya didapati menyindir dan memberi tamparan kepada parti beliau sendiri. Ini kerana, sebenarnya dakwaan kedatangan 700 ribu penghuni tersebut bukan dibuat oleh mana-mana pihak lain tetapi oleh Dr Mahathir sendiri.
Sudah pastilah perkara ini bukan sahaja mengelirukan rakyat yang mengikuti perkembangan isu ini. Tetapi ia nyata amat memalukan menteri besar Johor kerana tindakan beliau tersebut ibarat meludah ke langit.
Lebih teruk, beliau kini tertekan dan tersepit atas asakan untuk memberikan pendirian yang jelas berhubung Forest City khususnya berhubung keperluan dan kewajaran membenarkan pemilikan kepada warga asing.
Terbaru, dalam kenyataannya Dr Mahathir menegaskan bahawa keputusan menteri besar mempertahankan Forest City dan pemilikan oleh warga asing tersebut akan disokong jika Osman sanggup untuk melihat orang Malaysia tinggal di rumah-rumah kayu.
Ketegangan kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ini mesti diselesaikan dengan segera. Tindakan menteri besar yang selalu melulu, tidak berasaskan fakta dan bersifat serkap jarang tidak akan memulihkan keadaan.
Saya dan ahli-ahli pembangkang Johor dengan ini menggesa menteri besar untuk:
Pertama, menyatakan dengan jelas dan tegas, tanpa bercanggah-canggah, apakah pendirian kerajaan negeri dalam perkara ini.
Kedua, apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan hartanah Forest City akan turut dinikmati dengan adil dan jelas oleh rakyat Johor dan Malaysia, khususnya mereka yang tinggal di kawasan sekeliling.
Ketiga, apakah pelan kerajaan negeri Johor bagi memastikan orang Melayu dan Bumiputera tidak ketinggalan untuk bersama-sama merebut peluang dan mempunyai pemilikan di Forest City.
Keempat, nyatakan dengan terperinci, berapa banyakkah sumbangan dan pendapatan yang telah dinikmati oleh kerajaan negeri hasil projek Forest City dari segi kutipan cukai dan caj-caj lain yang berkaitan, dan
Kelima, nyatakan dengan jelas anggaran keuntungan dan pulangan yang akan diperolehi oleh kerajaan Johor dengan membenarkan pemilikan oleh warga asing.
Kelima-lima soalan ini, apabila dijawab dengan jelas dan berfakta oleh menteri besar, akan setidak-tidaknya membantu memberi pencerahan terhadap isu ini.
Saya juga berpendirian keputusan kerajaan BN terdahulu perlu diteruskan kerana apa juga yang menjadi kebimbangan Dr Mahathir dan menteri besar Johor kini sebenarnya sudah diperhalusi dan diambil kira dengan teliti.
Maka, jika benar kedua-dua pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan meletakkan kepentingan rakyat, khususnya rakyat Johor sebagai keutamaan, saya sarankan mereka menyemak dan melihat pendekatan yang telah diambil oleh Barisan Nasional Johor sebelum ini.
Saya harap isu ini akan mempunyai ketetapan segera. Masyarakat, khususnya orang Johor, pastinya sudah muak dengan jawapan berpusing-pusing yang sering diberikan oleh menteri besar.

KETUA PEMBANGKANG JOHOR

No comments:

Post a Comment