Sunday 2 September 2018

BERANIKAH ANWAR IBRAHIM GESA MAHATHIR CADANG TUBUH RCI TENTANG SAHAM RAFIDAH AZIZ




Tajuk di atas merupakan isu langsung yang perlu ditanya kepada Rafidah Aziz.

Bersediakah beliau kiranya rakyat mendesak Pakatan Harapan mencadang menubuhkan RCI mengenai skandal saham beliau yang pernah mencetuskan polemik besar politik sekitar 1990 an ?

Sebelum PRU 14 Rafidah Aziz  bercakap mengenai  aset beliau tatkala dicabar oleh bekas pengikut Bersatu, Ainina Saadudin mengenai desakan mengistihar harta.

Kata Rafidah Aziz aset yang diperolehi oleh suami saya dan saya dibeli secara jujur dan bukan urusan Anina. ( Rujuk sini ( https://www.malaysiakini.com/news/423497 )

Umum mengetahui tatkala Pilihanraya 1999 berlangsung, Rafidah Aziz pernah dijadikan bahan kempen ceramah oleh pembangkang kerana isu pemilikan saham yang diperolehi beliau.

Tanya sahaja kepada Mat Sabu, Mahfuz Omar, Lim Kit Siang , Azmin Ali dan lain-lain lagi semua mereka pernah bercakap mengenai pemilikan saham yang diperolehi oleh Rafidah Aziz.

Ini susulan kepada laporan polis yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim  di balai polis Tun HS Lee  pada 9hb julai 1999 terhadap Rafidah Aziz.


Dalam laporan polis tersebut Anwar Ibrahim mendakwa Rafidah Aziz 'berkenduri saham' MITI.

Bukan setakat ini , laporan polis Anwar Ibrahim ini juga berlandaskan kepada dokumen Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara bertarikh 14.3.1995 akan wujudnya asas Prima Facie terhadap Rafidah Aziz atas tuduhan rasuah.

Sayangnya.....

Laporan itu telah dikalsifikasikan sebagai OSA selepas pendedahan dilakukan. 

Laporan Anwar Ibrahim itu tiada kesudahan cerita.

Penghujungnya tergantung dan rakyat tidak mengetahui secara keseluruhan semua tuduahn Anwar.

Khalid Samad Pengarah Komunukasi Amanah bersedia mendesak Pakatan Harapan ( sekiranya berjaya menubuh kerajaan ) untuk menubuhkan RCI isu Memali .

Apa pandangan Rafidah Aziz jika  pendedahan Anwar Ibrahim terhadap beliau mengenai kenduri sahamnya juga digesa ditubuhkan RCI bagi mencari kebenaran ?

Rafidah Aziz harus membersihkan nama beliau di atas laporan  rasuah yang pernah Anwar Ibrahim lakukan terhadap beliau.

Berkempen di dalam ceramah pembangkang tidak bolehlah dijadikan alasan kini beliau houlier than thou , betul tak kak pidah ?


No comments:

Post a Comment