Sunday 9 September 2018

KAMBING PUN TAKNAK JADI GAY DAN LESBIAN !


Ada  kes menarik yang berlaku dalam minggu ini. 

Pertamanya mengenai kes sebatan pasangan lesbian di Trengganu .

Isu sebatan pasangan lesbian mengundang  ketidak puasan hati pemimpin besar PH seperti Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Nada mereka selepas hukuman itu dijalankan adalah sama, tidak adil dan mencemar imej Islam.

Hakikatnya kes sebatan pasangan lesbian ini adalah di bawah jurisdiksi Mahkamah Syariah Trengganu. Ia jatuh pada Enakmen Jenayah Syariah ( Takzir ) Trengganu 2001 di bawah kesalahan musahaqah.

Musahaqah bermaksud persetubuhan di antara perempuan dan perempuan. Pasangan ini telah diberikan tempoh untuk merayu selama 14 hari untuk menafikan tuduhan tetapi mereka tidak merayu akan pertuduhan yang dikenakan.

Asas kenegaraan ada banyak cabang.

Akta diperuntukkan untuk Parlimen manakala Enakmen pula adalah kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri.

Lebih pada itu, mahkamah sivil adalah berbeza dengan mahkamah syariah.

Satu konsep mudah pengasingan kuasa di antara Persekutuan dan Negeri.

Jadi mengapa Dr Mahathir dan Anwar cuba merosakkan gambaran sebenar fakta pengasingan kuasa ?

Mengapa mereka tidak menghormati yang negeri yang sudah termaktub dalam Perlembagaan ?

Memperlekehkan keputusan Mahkamah Syariah sebenarnya boleh memberikan hint untuk puak lain untuk turut sama memperleceh bidang kuasa mahkamah Syariah.

Dalam Islam hak dan undang-undang Islam lebih mengatasi pemikiran hak asasi dan demokrasi.

Kesalahan dua pesalah itu turut disertakan dengan pengakuan mengaku bersalah.

Islam meletakkan undang-undang agar manusia berada di landasan yang benar.

LGBT dan pemikiran liberal , hak asasi tidak boleh mengatasi peraturan undang-undang Islam.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir.
Binatang tiada akal.

Tapi pelik kambing yang takde akal pun tak amal gay, lesbian. homoseks dan pondan.

Pernah kita dengan pasangan kambing gay ?
Pernah kita dengan pasangan kambing lesbian ?


No comments:

Post a Comment