Wednesday 26 September 2018

AHLI MAJLIS DAP WAJIB LETAK JAWATAN !


Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Chan Wei Kjan harus berundur dan letak jawatan.

Ini bukan persoalan kau tiada niat nak perlekeh Bahasa Melayu !

Ini bukan persoalan kau tulis untuk cakap bab muhibah !

Ini persoalan asas yang termaktub dalam Perlembagaan iaitu Bahasa Melayu arus diutamakan dalam setiap urusan RASMI KERAJAAN PUSAT DAN NEGERI.

Mengapa perlu bahasa vernakular digunapakai dalam surat rasmi ?

Kamu anggap perkara ini kecil , namun bagi pendapat ramai orang melayu ini adalah kias halus propaganda murahan yang berlapik untuk 'mengiakan' proses ini ke masa depan.

MANA PERGI ORANG BERSATU JOHOR ?
TIDO KE ATAU TAKUT NAK TEGUR !?


KENYATAAN TUANKU SULTAN JOHOR ..

ultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam surat rasminya.
Baginda bertitah apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam bahasa Melayu.
“Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau ahli majlis PBT semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.
“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah Baginda kepada Pejabat Akhbar Diraja (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

No comments:

Post a Comment