Saturday 18 March 2017

MALAYSIA NOT READY FOR AUTOMATIC VOTERS REGISTERATION


The extra-sensitive job scope of the Election Commission is among the factors for Malaysia not being ready to implement the automatic voter registration system.
EC chairman Mohd Hashim Abdullah said the commission did not want to be blamed for any problems arising from any changes related to voter registration.
“There may be some things which we do not deem serious, but is taken seriously by certain parties. Especially when we make changes. If we are not prepared, but we proceed to do the changes, then many issues will arise.”
Hashim said this when he appeared as a guest in the Slot Khas Ekspresi programme on Bernama Radio today, discussing the topic of “Voting and the Responsibility of a Citizen”.
He said although there had been calls for the EC to have an automatic voter registration system, the EC was confident that the present system was still efficient.
On the redelineation of electoral boundaries, Hashim said the EC only took into account relevant protests which were submitted by voters in the affected constituencies.
“The EC will look at the exercise comprehensively and classify them as relevant or not. If the protest is about areas which are not affected, then they shouldn’t protest; we will reject it.”
On March 8, the EC published a proposal for redelineation for Peninsular Malaysia and all parties were given one month from March 8 until April 7 to submit their protests.
Local inquiries held throughout the country were a necessity for the redelineation, and were conducted from Oct 31, 2016 until Feb 28 this year.

Monday 13 March 2017

KURANG AJAR INI !


Elok dilakukan segara laporan polis terhadap pemilik FB ini.

Bercakap menuduh senang, senanglah kamu jadi keyboard warriors.

Asal aja menjelang pilihanraya, bagai fitmah kamu lemparkan !

Kalau pembangkang menang, adakah foto ini jugak kamu akan WANTEDkan kerana memberikan kemenangan kepada kamu ?

KENYATAAN MEDIA SPR. JARI PALSU ITU FITNAH

KENYATAAN MEDIA
Bil.10/2017

SPR JAMIN TIDAK BIARKAN JARI PALSU DIGUNAKAN UNTUK PENIPUAN DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-14

1.   Berhubung dengan dakwaan jari palsu bakal digunakan oleh pihak tertentu  bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang, SPR menegaskan akan mempastikan ianya tidak akan berlaku dalam sistem pilihan raya di Negara ini. SPR memberi jaminan proses pilihan raya yang dikendalikannya adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan. 

2.   Ini berikutan baru-baru ini terdapat dakwaan oleh seorang Ahli DUN Selangor bahawa jari palsu telah diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya akan datang demi mengekalkan pemerintahan sedia ada. Disamping itu tular yang tersebar di media sosial mengenai imej gambar jari palsu dan botol dakwat pilihan raya juga telah dikenalpasti sumbernya. 

3.   SPR mengambil serius dakwaan ini dan mesej tular itu dan telah menjalankan siasatan berhubung dengan dakwaan itu. SPR telah mengenal pasti sumber imej tersebut di mana ia telah diambil daripada sumber internet yang tersebar di sebuah Negara jiran. Sumber asal imej tersebut adalah disyaki dipetik daripada laman akikofujita.com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk “Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members” yang telah disiarkan pada 16 Disember 2013. Imej tersebut kemudiannya digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya ia akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia (PILKADA) 2017 yang sedang berlangsung dan ditularkan. 

4.   Namun begitu ia juga telah dipetik dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Negara ini dan menyebarkannya melalui aplikasi media sosial bagi menimbulkan kebimbangan dan persepsi negatif, malah ada yang membuat dakwaan bahawa ia telah memasuki pasaran Negara ini untuk digunakan dalam pilihan raya umum akan datang bagi memenangkan pihak tertentu.

5.   Dalam hal ini, SPR memberi jaminan kepada semua pihak bahawa perkara seperti ini tidak akan dibiarkan berlaku dalam proses pilihan raya akan datang. SPR akan memastikan tiada sebarang penipuan atau penyelewengan berlaku dalam proses pilihan raya itu. Sebarang cubaan penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di Malaysia ini akan dikenakan tindakan undang-undang. 

6.   SPR berharap orang ramai tidak merasa bimbang dengan perkara ini dan memberi sepenuh keyakinan serta kepercayaan kepada badan ini dalam mengendalikan proses pilihan raya dengan adil dan telus. Orang ramai juga diminta berhati-hati, tidak mudah terpedaya atau mudah mempercayai sebarang mesej tular dan dakwaan yang tidak sahih bertujuan menimbulkan kebimbangan selain meragui kewibawaan SPR.

7.   Untuk makluman semua pihak, dalam setiap pengundian semasa pilihan raya, petugas SPR akan memeriksa jari-jari pengundi itu terlebih dahulu bagi memastikan tiada kesan dakwat atau minyak pada jari pengundi atau sama ada mereka memakai jari palsu sebagaimana yang ditularkan itu. Setelah dipastikan barulah jari pengundi tersebut dicelup dengan dakwat pilihan raya dan diberikan kertas undi. 

8.   SPR akan mengambil langkah yang lebih ketat dengan memeriksa jari setiap pengundi secara lebih teliti bagi memastikan tiada elemen penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di Negara ini. 

9.   SPR juga memberi peringatan keras akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang cuba melakukan penipuan dalam proses pilihan raya akan datang.

Sekian, terima kasih.


DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

PUTRAJAYA
Tarikh:   10  Mac  2017