Monday 30 April 2018

PRU 14 : SUHAKAM JANGAN MEREPEK LA NAK KACAU SPR !


Apa yang engkau merepek merapu ni SUHAKAM ?
Mau masuk campur urusan SPR pulak ?

Dalam berita diberitahu SUHAKAM dakwa mereka layak untuk menjadi pemerhati PRU ke 14 yang kempennya sedang berlangsung ..

Kamu itu ditugaskan menjaga isu hak asasi, bukan pilihanraya. Proses pilihanraya dalam perlembagaan dah termaktub tugasnya dijaga oleh SPR.

SUHAKAM mahu kacau daun SPR. Sama macam kes kementerian lain nak kacau tugas kementerian lain. Kau buat kerja kau sendiri lah.

Ini SUHAKAM pun terlalu banyak pro pembangkang. Apa kerajaan buat yang baik dia buat-buat tak nampak, tapi kalau bab pembangkang laju aje dia melalak !

SUHAKAM pun selama ini banyak berkolobrasi dengan NGO haram Bersih, jadi apa jaminan bahawasanya SUHAKAM boleh bercakap adil jikalau selama ini mereka cukup bersahabat baik dengan pembangkang.

SUHAKAM menjaga hak asasi.. jarang sekali kita dengar SUHAKAM pertahankan hak wanita melayu bertudung untuk terus kerja di hotel yang pernah kontroversi sedikit masa dulu ?

Tak payah menyibuk kerja orang la..
Kau tu buat kerja kau, skop kerja kau.

SPR dan SUHAKAM dilantik oleh YDPA untuk buat kerja masing-masing.

Bukan menyibuk nak mengacau kerja orang.

Biasanya kalau perangai sibuk jaga tepi kain orang .. bermakna dia pun takde kerja nak buat.

Kalau kerja sendiri tak buat, elok tutup aje lah peranan kau  tu !


No comments:

Post a Comment